Salam sejahtera, berikut adalah artikel yang diambil dari
http://blogsahambaru.wordpress.com/2007/08/12/contoh-pengiraan-dividen-dan-bonus-asb/
.iaitu mengenai cara pengiraan dividen dan bonus ASB.
Contoh pengiraan dividen dan bonus, dengan dua kes yang berbeza:
Kadar dividen 2006 = 7.3%
Kadar Bonus 2006 = 1.25%
Kes 1: Melabur RM10,000 pada 6 Jan 2006 (baki minima adalah baki minima selepas 7hb), berapakah hasil pendapatan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006.
DIVIDEN
Jumlah baki minima bulan Jan - Dis 2006 (Semuanya RM10,000) = 12 * 10000
Dividen = 120000/12 * 7.3% = 730
BONUS
Jumlah baki minima bulan Jan 1997 - Dis 2006 = 12 * 10000
(Baki minima sebelum Jan 2006 adalah kosong)
Bonus = 120000/120 * 1.25% = 12.50
Jumlah Pendapatan = 730 + 12.50 = 742.50
Jumlah Baki Simpanan = 10000 + 742.50 = RM10742.50
Maka kadar pendapatan sebenar untuk tempoh Jan - Dis 2006 adalah =
((10742.50/10000) - 1) x 100 = 7.425%
Kes 2: Melabur RM1,000 pada awal setiap bulan daripada Jan hingga Dis 2006, jadi jumlah pelaburan adalah RM12,000.
DIVIDEN
Jumlah baki minima bulan Jan - Dis 2006 =
1000 + 2000 + 3000 + … + 10000 + 11000 + 12000 = 78000
Dividen = 78000/12 * 7.3% = 474.50
BONUS
Jumlah baki minima bulan Jan 1997 - Dis 2006 = 78000
(Sama dengan baki minima dividen di atas, kerana baki minima sebelum 2006 adalah 0)
Bonus = 78000/120 * 1.25% = 8.125
Jumlah Pendapatan = 474.50 + 8.125 = 482.625
Jumlah Baki Simpanan = 12000 + 482.625 = RM12482.625
Maka kadar pendapatan sebenar untuk tempoh Jan - Dis 2006 adalah =
((12482.625/12000) - 1) x 100 = 4.022%
Setelah memperoleh kadar pulangan sebenar, bolehlah anda membuat pengiraan untuk jumlah simpanan yang berbeza. Contohya, jika dalam kes 1 anda menyimpan RM12,000, maka pulangannya adalah 12000 * 7.425%. Jika dalam kes 2 anda menyimpan RM300 setiap bulan, maka pulangannya adalah 23400 * 4.022% (300 + 600 + … + 3300 + 3600). Perhatikan kes 1 lebih mudah untuk membuat pengiraan.
Kesimpulannya, jika anda mampu masukkan saja semua bonus gaji yang anda terima pada setiap hujung tahun dalam ASB untuk mendapat kadar pulangan yang lebih baik. Kalau tak dapat juga, barulah simpan secara ansuran setiap bulan, pulangannya mungkin kurang untuk tahun pertama, tetapi tahun kedua pulangannya akan lebih baik. Bonus pula akan memberi manfaat lebih banyak kepada pelabur yang tidak mengusik simpanan mereka sejak 10 tahun yang lalu.
MARI KITA RENUNG2KAN DAN APPLYKAN..Terima kasih.